Thursday 7 June 2012

DIY Bunga Felt

Assalamualaikum....

Wah lame nye x update blog... Bermula kesebukan dengan kerja2 hakiki..... Oleh itu misi utama hari nie.... cepat2 nk update blog dengan hasil tangan sendiri DIY bunga felt... Sungguh x ku sangka menjadi.. dan terus bersemangat.... so ape lagi mari terus kan hasrat sebenar.. 

TUTORIAL Bunga Felt....

Mula2 sedia kan bahan-bahan yang diperlukan...


1. Kain Felt
2. Dawai Bunga (pilih dawai yg tebal skit)
3. Butang (ikut cita rase)
4. Jarum
5. Benang
6. Gunting


Step 1.

* Ambil kain felt ukur ikut besar bunga yang di inginkan.. yg nie saya ambil ukuran 5cm 
* kemudian potong dan lipat 2 seperti di gambar di atas dan sematkan jarum peniti pada hujung lipatan..
* gunting ikut kelebaran yang dikehendaki seperti gmbr di atas....

Step 2.

* Setelah siap menggunting... Tanggalkan jarum peniti dan jahitkan... Bila dh jahit terus tarik benang untuk dapatkan bentuk kuntum bunga.

Step 3.

* Ketika menjahit mesti sentiasa tarik jarum dengan kain felt supaya dapat menghasilkan bentuk bunga.. Jahitan dibuat sehingga bunga itu boleh tercantum... 

Step 4.

* Apabila bunga bole tercantum jahitkan bahagian cantuman tersebut.. dan terhasil bunga felt..

Step 5.
*Seterusnya amik butang dan dawai.. lakukan seperti gambar diatas...

Step 6.
* Masukkan dawai ditengah2 bunga felt yang telah disiapkan td dan jadi la seperti gambar di atas..

** sekiranya ingin membuat 2 lapisan bunga.. ukuran bunga di lapisan kedua itu mesti la lebih panjang daripada sebelumnya.... seperti gmbar di bawah..


*** Jadi la sudah bunga felt... Ini boleh dibuat kerongsang, tag nama brides, bunga penanggah dan juga boleh dihasilkan bunga tangan....


Saya dalam proses membuat bunga tangan utk majlis bertandang kawan saya... nnt dh siap saya update pada kamu2 semo ea...

Saya mohon maaf sekiranya tutorial ini tidak berapa memuaskan... saya ingin berkongsi ilmu dan harap dapatlah membantu kawan2 di luar sana mencari idea2 baru... Saya pun masih mencari2 lagi idea2 baru... 

Mekasih ea kerana sudi membaca entry ini...


1 comment:

  1. nice..tgh cari tutorial nk bt bunga tngan..hehehe. thanks =)

    ReplyDelete